Homestay kami yang ceria ini pasti menambahkan keriangan percutian anda di Shah Alam. Homestay ini baru diubahsuai serta dilengkapi dengan kesemua perabot baru. Homestay yang merupakan sebuah rumah teres 2 tingkat ini, terletak di kawasan paling 'hot' di Shah Alam iaitu di Seksyen 7. Homestay kami sangat bedekatan dengan tempat-tempat menarik di bandaraya Shah Alam, Selangor seperti I-City, Kompleks Belia, UiTM Kampus Shah Alam dan UNISEL. Perjalanan ke tempat-tempat tersebut hanyalah mengambil masa 3 minit.
MASTER BEDROOM
Kami menyediakan 3 buah bilik tidur yang selesa untuk penginapan tetamu dan juga 3 buah bilik air. Master bedroom dilengkapi aircond dan kipas serta mempunyai bilik air sendiri. Bilik ini sangat luas dan selesa. Katil dan tilam bersaiz "king" yang berjenama serta comforter dan beddings yang berkualiti tinggi disediakan untuk tetamu bagi memastikan rehat yang cukup mengembalikan kesegaran badan. Almari juga disediakan bersama kelengkapan lain seperti seterika, toto untuk tetamu tambahan, dan pengering rambut. Bilik air master bedroom ini juga lengkap dengan 'water heater' yang penting terutamanya untuk keselesaan anak-anak.
BEDROOM 2
Bilik kedua mempunyai 2 katil 'king single' dan turut dilengkapi aircond dan kipas. Sementara itu bilik tidur ketiga dilengkapi dengan 1 katil 'king single' dan 1 katil 'single'. Bilik kedua dan ketiga berkongsi bilik air yang sama. Manakala sebuah lagi bilik air terletak di tingkat bawah.
BEDROOM 3
Tetamu juga boleh meluangkan masa dan berehat bersama keluarga di ruang tamu tingkat atas yang mempunyai satu set sofa serta tv flat screen 42 inci beserta USB drive yang mengandungi movies pilihan untuk kanak-kanak dan dewasa. Ruang rehat ini sangat praktikal kerana sangat berdekatan dengan bedrooms yang lain.
RUANG KELUARGA DI TINGKAT ATAS
Di tingkat bawah, terdapat juga ruang tamu yang dilengkapi satu set sofa. Set meja makan untuk enam orang juga disediakan di ruang makan. Dapur yang bersih dan selesa dilengkapkan dengan peti sejuk, cerek, dapur elektrik, kabinet, pinggan, cawan dan kelengkapan memasak.
RUANG TAMU DI TINGKAT BAWAH
RUANG MAKAN
DAPUR
Status kekosongan homestay boleh disemak di link berikut:
Harga sewa satu malam: RM260 sahaja
Penyewa yang berminat boleh menghubungi Khairul 019-4773575. Setelah mendapat kepastian tentang kekosongan homestay dari pemilik homestay, penyewa bolehlah confirmkan booking. Untuk 'book' dan 'confirm'kan, sila masukkan RM260.00 (untuk satu malam) ke dalam akaun MAYBANK Khairul Anuar Kamarudin 151052074283.